Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.
Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.
Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.
Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.
*** kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa pegaga mempunyai sifat antibakteria, antikesuburan, antikulat, antiradang, antigelisah, antimitosi, melegakan system saraf pusat, melegakan panas badan, mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan tekanan darah, penawar kekejangan dan melancarkan perjalanan darah dalam urat saraf.
Pegaga merupakan penawar alahan, penyembuh luka, penghalang pendarahan, anti kanser, perangsang kelancaran peredaran darah, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar deman panas, penawar ulser, minuman tonik, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, penawar sakit kerongkong dan penawar cirit birit.
Jus pegaga di jadikan tonik untuk menyihat dan menyegarkan badan di samping untuk mengurangkan panas badan.
Wednesday, October 22, 2008
pegaga
Posted by * DD * at 2:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment