CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, October 21, 2008

AsaM jawa

~ Merawat bisuL ~

Asam jawa dapat merawat bisul. Caranya adalah daun dicampur dengan kunyit dan disapu pada kawasan bisul.







~ MeNgubati LelaH, AsMa & sbg bhn peLawas ~


Kulit batang pokok ini direbus dan airnya diminum untuk mengubati lelah, asma dan juga sebagai bahan pelawas.

~ MeNgubati Luka,Kudis,kuLit gataL ~

Bahagian kulit dicampur bersama minyak sapu boleh digunakan untuk mengubati luka, kudis dan gatal kulit.

~ peNyejuk badaN biLa deMam paNas ~

  1. gaul asam jawa dlm 1 baldi air
  2. biarkan semalaman
  3. esok pagi (subuh) baru boleh wat mandi
~ LaiN2 keguNaaN ~
  1. Air asam jawa boleh menyejuk orang sakit yang suhu tinggi dan hilangkan dahaga.
  2. Isi asam jawa digunakan sebagai penyejuk bahagian anggota badan yang terkena asid dan untuk merawat penyakit skurvi.
~meNgHiLaNgkaN gataL2 & kotoraN di badaN~

mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa:
  1. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa
  2. dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal.
~meNgHaluskaN kuLit tapak kaki~

Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa

~ meNgHiLaNgkaN bekas NikotiN yg MeNempeL pd gigi ~
  1. Sangrai (goreng tanpa menggunakan minyak) biji asam sampai garing
  2. tumbuk sampai halus
  3. gosokkan pada gigi dengan menggunakan sikat gigi atau kain bersih
  4. kumurlah setelah bersih
  5. gosok gigi dengan ubat gigi seperti biasa
~ Hilangkan Lemak ~

Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda.
Caranya;
Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

0 comments: