Apalagi aprikot tidak mengandungi kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah.
Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.
dapatkan segaLa petua dlm meLayari kehidupaN seHariaN aNda d-siNi... tidak perLu meNgeLuarkaN beLaNja yg baNyak keraNa aNda HaNya MeNgguNakaN baHaN2 yaNg ada di dapur @ di-persekitaraN ruMaH aNda shj...
Posted by * DD * at 1:40 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:39 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:38 AM 0 comments
Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui di dalam Islam malah di kalangan pakar perubatan dewasa kini. Ia boleh dimakan secara mentah, disalai atau diproses menjadi makanan ringan, jem atau jus minuman. Kebiasaannya, buah kurma ini begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa atau umat Islam.
Pokok kurma yang seakan-akan pokok kelapa, di dapati dari Timur Tengah dan telah dikomersialkan ke pasaran luar sehingga menjadikan ia terkenal di seluruh dunia. Buah kurma yang sebesar 1 hingga 2 inci, mampu memberikan pelbagai khasiat kepada pemakan. Dalam bahasa saintifiknya, kurma dikenali sebagai Phonex dactylifera. Buahnya dimakan secara mentah ataupun masak. Terdapat pelbagai jenis kurma seperti deglet noor, halawi, khadrawi, zahidi,thoor dan medjool. Kurma dari Mekah dan Madinah dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis dan ia adalah antara yang terkenal
Kandungan zat anti oksidannya ialah 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam kismis, aprikot kering dan blueberry. Terkenal dengan kandungan laksatifnya, kurma juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.
Posted by * DD * at 1:31 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:20 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:10 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:08 AM 0 comments
Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.
Posted by * DD * at 1:08 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:06 AM 0 comments
Posted by * DD * at 1:05 AM 0 comments
Posted by * DD * at 12:57 AM 0 comments
Posted by * DD * at 12:56 AM 0 comments
Posted by * DD * at 12:54 AM 0 comments
Posted by * DD * at 12:53 AM 0 comments
Posted by * DD * at 12:52 AM 0 comments
Posted by * DD * at 2:33 AM 0 comments
Rawat Muntah
Rawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.
Posted by * DD * at 2:30 AM 0 comments
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.
Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.
Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.
Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.
Awet muda dan menarik.
Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.
*** kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa pegaga mempunyai sifat antibakteria, antikesuburan, antikulat, antiradang, antigelisah, antimitosi, melegakan system saraf pusat, melegakan panas badan, mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan tekanan darah, penawar kekejangan dan melancarkan perjalanan darah dalam urat saraf.
Pegaga merupakan penawar alahan, penyembuh luka, penghalang pendarahan, anti kanser, perangsang kelancaran peredaran darah, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar deman panas, penawar ulser, minuman tonik, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, penawar sakit kerongkong dan penawar cirit birit.
Jus pegaga di jadikan tonik untuk menyihat dan menyegarkan badan di samping untuk mengurangkan panas badan.
Posted by * DD * at 2:23 AM 0 comments
~Melangsingkan badan~
Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam.
Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.
Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.
Baik untuk penglihatan
Ia mengandungi vitamin A dan beta-karotin yang dapat membantu penglihatan menjadikan mata anda lebih bermaya terutamanya di waktu malam. Di samping itu, ia juga dapat mengubati pelbagai penyakit mata.
Mengubati pelbagai penyakit
Menurut kajian, lobak dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser, sakit jantung dan tekanan darah. Lobak terutama jusnya mempunyai khasiat yang tinggi dan berkesan mengubati penyakit gastrik, sakit perut, cirit-birit dan baik untuk penghadaman.
Penyakit perempuan
Golongan wanita digalakkan memakan lobak kerana kandungan beta-karotin dan vitamin A dapat menseimbangkan peredaran darah dan mengurangkan bau tidak menyenangkan ketika haid. Selain itu, lobak juga membantu pertumbuhan tulang rapuh, osteoporosis di kalangan orang tua dan mereka yang mengandung.
Kecantikan kulit dan payu dara
Kini, kebanyakan saintis menggunakan lobak dalam penggunaan kecantikan kosmetik. Ini termasuk krim payu dara yang berupaya merangsang hormon payu daranya dan peredaran susu di kalangan wanita. Disamping itu, lobak digunakan sebagai herba kecantikan yang dapat mengubati penyakit kulit kering, berjerawat, sensitif dan mengurangkan kedutan pada muka.
Rawatan muka
Anda juga boleh menggunakan lobak untuk rawatan muka. Gunakan 'mask' lobak untuk beberapa minit ketika berehat atau sebelum tidur supaya anda nampak lebih ceria. Kini, penggunaan lobak semakin meluas dan digunakan dalam pelbagai cara. Anda boleh makan secara mentah atau dimasak bersama ramuan lain. Akan tetapi berdasarkan kajian, lobak tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit anda bertukar kuning
Posted by * DD * at 2:22 AM 0 comments
Menghilangkan Panau.
Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.
Posted by * DD * at 2:21 AM 0 comments
Merawat Ketumbit
Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.
Khasiat bawang putih
Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.
Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
Posted by * DD * at 2:20 AM 0 comments
Labels: suMber MakaNaN
Sembuhkan luka selepas bersalin
Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.
Posted by * DD * at 2:16 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Penawar Resdung
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.
Segarkan Diri
Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.
Posted by * DD * at 2:15 AM 0 comments
Labels: suMber aLaM
Menyegarkan Mata Gatal dan Letih
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.
Segarkan Mata
Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali.
Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.
bau MuLut
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.
MenguraNgkaN rabuN mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
Posted by * DD * at 2:14 AM 0 comments
Menurunkan panas badan
Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.
Posted by * DD * at 2:12 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.
Posted by * DD * at 2:11 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~Mengurangkan Batuk~
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Posted by * DD * at 2:10 AM 0 comments
~Merawat Sakit Tekak~
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.
~ Legakan Sakit Kepala ~
Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.
Posted by * DD * at 2:09 AM 0 comments
~Rawati Kulit Melecur ~
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
Posted by * DD * at 2:08 AM 0 comments
~ Segarkan Kulit Muka ~
Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.
Posted by * DD * at 2:06 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Posted by * DD * at 1:56 AM 0 comments
~ HitaMkaN & LebatkaN raMbut ~
Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.
Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.
Posted by * DD * at 1:46 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~ HiLaNgKaN MasaLaH jerawat ~
Posted by * DD * at 1:37 AM 0 comments
~Petua Hindarkan Kulit Berkedut~
Untuk mengelakkan kulit bahagian perut berkedut, terutamanya selepas bersalin, ikuti cara di bawah:
Ambil satu sudu kecil air limau nipis
Ambil 20 titik minyak kayu putih
Ambil satu sudu kecil air kapur sirih
Gaulkan kesemuanya dan sapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.
Lakukan selama dua minggu berturut-turut. Insya Allah berhasil.
~Merdukan Suara~
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.
Posted by * DD * at 1:35 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~cara MudaH bersiHkaN buLu ketiak~
Bahagian ketika jika tidak dibersihkan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bau ini akan lebih ketara jika bulu ketiak tidak dibersihkan.
Cara yang paling mudah lagi menjimatkan untuk membersihkan bulu ketiak ialah dengan menggunakan kapur sireh. Sapukan kapur sireh rata-rata pada bahagian kulit dan bulu ketiak dan kemudiannya biarkan ianya kering. Anda akan dapati bulu ketiak mudah dicabut dengan tangan.
Setelah berkali-kali melakukannya,bulu ketiak yang tumbuh akan berkurangan dan pertumbuhannya lebih lambat. Ini kerana kapur sireh dapat mematikan kelenjar yang meransangkan pertumbuhan bulu ketiak.
Posted by * DD * at 1:28 AM 0 comments
~MencegaH keLemumur & raMbut gugur ~
Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.
Posted by * DD * at 1:25 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Posted by * DD * at 1:14 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Pernahkah anda mendengar khasiat dari buah manggis???
Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.
Untuk pengetahuan anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.Posted by * DD * at 1:14 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Anda salah satu penggemar kentang?
Di balik bentuknya yang tidak begitu menarik tapi lezat jika diolah dengan berbagai macam masakan ini, ternyata memiliki khasiat yang tidak sedikit. Selain rasanya yang nikmat jika disantap meski di goreng, rebus, panggang, di sayur atau dijadikan pasta sekalipun tetap saja lezat.
Tapi tahukah Anda jika umbi yang satu ini merupakan penawar racun alami asam yang berlebihan atau asidosis. Kentang penting membantu pertumbuhan bakteri dalam saluran pencernaan tubuh kita. Kandungan garam alkali menjadikan kentang sebagai salah satu makanan basa yang paling kuat, karena itu kentang sangat berguna untuk menjaga cadangan alkali tubuh.
Kentang mempunyai banyak khasiat. Di antaranya potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.
Kandungan potasium kentang, dua kali lipat dari kandungan potassium dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya di bawah paras 25%, sehinga dapat menghalang endapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Kentang cocok bagi yang mengalami kekurangan gula dalam darah. Selain itu kentang merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Menjamin system ketahanan badan, karena kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi.
Berbagai Kasiat kentang :
· Menurut penelitian, jus kentang mentah bisa membantu mengurangi penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis), radang otot (rematik). Sakit yang di sebabkan salah urat atau terkilir, luka-luka kecil dan luka bakar ringan, dapat di legakan dengan cara menempelkan irisan kentang pada luka atau nyeri yang dirasakan, selama 15 menit atau lebih.
· Saos kentang yang digunakan untuk saos salad, dipercaya bisa mengurangi luka, mengurangi rasa sakit, serta pencemaran bakteri. Parutan kentang yang ditempelkan pada kelopak mata, mampu menghilangkan noda hitam pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim, bisa memperlambat munculnya kerut di muka.
· Kentang juga bisa memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan saja bermanfaat untuk tujuan pengobatan. Kandungan potassium, dan Vitamin C pada kentang sangat cocok untuk untuk perawatan kulit, seperti wajah berminyak dan berjerawat. Bagi kulit berminyak, dua buah kentang dikupas dan diparut. Lalu dioleskan pada wajah hingga rata, biarkan selama 1/2 jam. Bersihkan dengan air dingin bersih. Sementara untuk jerawat, sebuah kentang diiris tipis-tipis, tempelkan ke seluruh wajah. Biarkan sampai kentang menjadi kering dan berwarna keabuan. Bersihkan dengan air bersih dingin.
· Kentang telah menjadi sahabat semua orang, yang sedang mengatur pola makan. Sehingga kentang bisa menjadi menu alternative untuk diet, sebab kentang dipercaya kaya karbohidrat pangganti nasi bagi Anda yang kini sedang menjalankan diet.
· Vitamin C-nya, juga terkenal sebagai pereda gangguan penyakit yang sudah dilakukan sejak zaman nenek moyang. Anda yang menderita kutil, segera oleskan potongan segar kentang mentah pada kutil.
· Kentang sangat cocok bagi Anda yang memiliki penyakit maag atau sering mangalami sakit karena kelebihan asam lambung. Sebab dalam kentang terkandung atropine yang dapat memebantu mengurangi asam lambung dan mengurangi sakit pada lambung.
· Biasanya zat lysine tidak terdapat pada nabati, tetapi di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat mengkonsumsi Vitamin C secara mudah. Karena vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah masak karena dikelilingi oleh sari pati. Walaupun kalorinya cukup rendah, kentang dapat menyebabkan kegemukan karena adanya Glycemic Index.
· Kentang mempunyai khasiat membuat mata yang lelah kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parutlah kentang lalu masukkan ke dalam kain tipis yang bersih (kain kasa atau kain mori) dan kompreskan ke kelopak mata.
***dapat menghilangkan parut di mukaPosted by * DD * at 12:56 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Posted by * DD * at 12:55 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~ dagiNg arNab ~
dapat mengempiskan perut & melawaskan kencing
~ kepaLa arNab ~
Jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.
Posted by * DD * at 10:59 PM 0 comments
Labels: suMber HaiwaN
Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
Posted by * DD * at 10:52 PM 0 comments
Labels: suMber MakaNaN
~ dauN Nangka ~
Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.
Posted by * DD * at 10:51 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Posted by * DD * at 10:46 PM 0 comments
Labels: suMber MakaNaN
Posted by * DD * at 10:42 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Posted by * DD * at 10:12 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
Posted by * DD * at 10:09 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~ hampas kelapa ~
**berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit
**Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili.
Ibu-ibu yang mengandung enam bulan ke atas dinasihatkan meminum air kelapa muda bagi tujuan ini. Minumlah seminggu sekali dan jangan minum terlalu banyak. Cukup dengan segelas sahaja. Insya Allah berhasil.
Bibir Merekah
Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.
Posted by * DD * at 9:46 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~ MeNgHaLuskaN kuLit ~
Posted by * DD * at 9:42 PM 0 comments
Labels: suMber MakaNaN
~ Merawat bisuL ~
Asam jawa dapat merawat bisul. Caranya adalah daun dicampur dengan kunyit dan disapu pada kawasan bisul.
~ MeNgubati LelaH, AsMa & sbg bhn peLawas ~
Kulit batang pokok ini direbus dan airnya diminum untuk mengubati lelah, asma dan juga sebagai bahan pelawas.
~ MeNgubati Luka,Kudis,kuLit gataL ~
Bahagian kulit dicampur bersama minyak sapu boleh digunakan untuk mengubati luka, kudis dan gatal kulit.
~ peNyejuk badaN biLa deMam paNas ~
Posted by * DD * at 9:26 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~ MeliciNkaN muka & awet Muda ~
Khasiat pinang muda tidak ramai yang mengetahuinya, dengan menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda.
~ Kuruskan Badan ~
Posted by * DD * at 9:05 PM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.
- dapat membantu membersihkan hati dan darah kita.
- dapat mencegah penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :
a. gusi berdarah.
b. rabun senja
c. penggumpalan darah.
d. usus
e. kanser prostat dan kanser payudara.
Posted by * DD * at 2:25 AM 0 comments
Labels: suMber tuMbuHaN
~Masalah kencing tidak lawas~
Atasi masalah kencing tidak lawas dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Minum air basuhan tersebut segelas setiap hari dan lihatlah perbezaannya.
Kalau nak hilangkan parut (agaknya dah bertahun-tahun):-
Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan petua ini:
Posted by * DD * at 1:26 AM 0 comments
Labels: suMber MakaNaN