CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 11, 2008

Lady Finger (Bhindi ) a.k.a OKRA


Treatment For Sugar

Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar (Diabetes). Since I am diabetic, I tried it and it was very useful and my Sugar is in control now. In fact I have already reduced my medicine.

Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove/cut both ends of each piece. Also put a small cut in the middle and put these two pieces in glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during night. Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady finger (bhindi) from the glass and drink that water.

Keep doing it on daily basis.
Within two weeks, you will see remarkable results in reduction of your
S.U.G.A.R.

**My sister has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few years, but after taking the lady fingers every morning for a few months, she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers every day. But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds
the water and drinks it all up the next morning. Please. try it as it will not do you any harm even if it does not do much good to you, but U have to keep taking it for a few months before U see results, as most cases might be chronic.***

**g0t from email**

Thursday, October 23, 2008

Aprik0t

Buah ini banyak mengandungi protein dan vitamin seperti vitamin A, B, B2, B3, dan C.Buah bergizi tinggi ini sangat baik jika dimakan setiap hari.

Apalagi aprikot tidak mengandungi kolesterol dan baik untuk melancarkan peredaran darah.

Lemak dari isinya baik untuk dijadikan krim pelembab.

EpaL

Buah epal mengandungi banyak magnesium, zat besi dan silikon, potasium, fosfor, sodium dan kalsium. Epal juga mengandung vitamin A, B, dan C. Zat asam pada epal merupakan zat pembersih tubuh yang sangat baik serta dapat menyembuhkan keradangan pada tubuh.

Sisa hampas jus (sari) epal dapat digunakan untuk meneutralkan lemak pada wajah.

LiMau

Semua jenis limau merupakan sumber vitamin C yang utama. Ia dapat membantu memperkuatkan jaringan otot-otot urat dan dinding pembuluh darah.

Penderita gusi berdarah, gigi rosak dan sakit sendi dapat diatasi dengan segelas jus limau atau lemon setiap hari.

kurMa

Khasiat buah kurma bukan sahaja diakui di dalam Islam malah di kalangan pakar perubatan dewasa kini. Ia boleh dimakan secara mentah, disalai atau diproses menjadi makanan ringan, jem atau jus minuman. Kebiasaannya, buah kurma ini begitu sinonim dikaitkan dengan bulan puasa atau umat Islam.

Pokok kurma yang seakan-akan pokok kelapa, di dapati dari Timur Tengah dan telah dikomersialkan ke pasaran luar sehingga menjadikan ia terkenal di seluruh dunia. Buah kurma yang sebesar 1 hingga 2 inci, mampu memberikan pelbagai khasiat kepada pemakan. Dalam bahasa saintifiknya, kurma dikenali sebagai Phonex dactylifera. Buahnya dimakan secara mentah ataupun masak. Terdapat pelbagai jenis kurma seperti deglet noor, halawi, khadrawi, zahidi,thoor dan medjool. Kurma dari Mekah dan Madinah dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis dan ia adalah antara yang terkenal

Kandungan zat anti oksidannya ialah 2 kali ganda daripada yang terdapat dalam kismis, aprikot kering dan blueberry. Terkenal dengan kandungan laksatifnya, kurma juga kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta mineral seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

***Khasiat K.U.R.M.A***

Kurma memberikan tenaga serta merta menerusi kandungan gulanya sebanyak 50 hingga 57 peratus glukosa. Kandungan proteinnya pula lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus serat dan serat 2.0 hingga 4.0 peratus. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita dari makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala pada waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat. Tanpa tenaga serta-merta ini, akan menjadikan kita mengantuk.

Potasium diperlukan oleh tubuh badan untuk sistem saraf kerana kurma mengandungi sumber yang mujarab. Pengambilan potasium yang berlebihan tidak menyebabkan penimbunan toksid di dalam tubuh. Sebaliknya ia
sangat baik untuk mengatasi masalah seperti sembelit, lemah otot, letih, yang mengalami tekanan, sengal-sengal badan dan juga untuk menguatkan ingatan.

Kurma yang dimakan tanpa membuang kulitnya boleh mencegah dari masalah barah usus besar kerana ia melawaskan.

Buah kurma juga mengandungi khasiat kepada kaum wanita yang sedang nifas iaitu ia memudahkan proses ketika hendak bersalin

Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu boleh memakan buah kurma. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam kurma adalah unsur yang berkhasiat yang dapat menambahkan air susu ibu.

Kurma juga berperanan dalam tumbesaran kanak-kanak,
pembentukan darah dan sumsum tulang. Ia juga tidak mengandungi kolesterol, lemak serta gula. Dan, ia elok untuk meredakan tekanan darah tinggi.

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus atau dijadikan serbuk seperti teh. Direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. Dalam rawatan kaedah Sufism pula, kurma boleh dijadikan sebagai penawar penyakit...

kacaNg

**Hilangkan tekanan darah tinggi**

Penyakit darah tinggi jika tidak dirawat sejak awal akan menimbulkan komplikasi terhadap pengidapnya dan boleh membawa maut. Cuba ikuti petua ini, mungkin ia boleh mengatasi masalah tekanan darah tinggi anda.

Cara-caranya ialah gunakan 60 gram daun kacang serta rantingnya sekali. Rebus dengan air dan minumlah air rebusan tersebut.

Satu lagi kaedah rawatan ialah ambil beberapa biji kacang dan rendamkan ia dengan cuka makan. Setiap pagi amalkan memakan 10 biji sehari.



**Insomnia**


Tidak mahu lagi terkebil-kebil di malam hari sedangkan suami di sebelah berdengkur Keletihan? Penyakit insomnia boleh menimbulkan kesan-kesan lain seperti kemurungan dan tekanan terutama sekali apabila berada di tempat kerja.

Cara-cara merawatnya ialah dengan menggunakan 60 gram daun kacang bersama-sama rantingnya. Masukkan sedikit air kemudian hancurkan kesemuanya sehingga sebati. Makan 100ml sehari bahan-bahan yang telah dilumatkan tadi.



**Mengurangkan penyakit bronkaitis kronik**

Gunakan 60 gram kulit kacang yang menyaluti biji kacang. Kemudian campurkan dengan air dan rendamlah selama 10 jam dan kemudian toskan supaya anda mendapat airnya sahaja sebanyak 100ml. Tambahkan sedikit gula dan minumlah dua kali sehari.



**Hilangkan batuk akibat asma dan kahak disertai darah**


Pesakit asma mudah diserang batuk-batuk yang boleh mengakibatkan kesukaran bernafas.

Untuk menghilangkan penyakit tersebut, ambil 30 gram kulit kacang dan 15 gram bunga lili. Kemudian direndam di dalam air semalaman. Minumlah air rendaman tersebut sehingga penyakit anda sembuh.



**Atasi masalah cacing kerawit**

Masalah kecacingan pada kanak-kanak yang tidak dirawat boleh mengakibatkan mereka kehilangan zat dan nutrien makanan yang sepatutnya diserap oleh tubuh mereka.
Untuk merawatnya dapatkan minyak kacang yang segar. Untuk kanak-kanak yang berumur 15 tahun ke bawah, minumlah minyak tersebut dengan sukatan sebanyak 60ml. Manakala bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas gunakan sukatan sebanyak 80ml.


**Hilangkan cirit-birit**

Gunakan 60 gram biji kacang, dan 30 gram kurma cina. Hancurkan bersama sedikit air dan tambahkan sedikit gula dan bolehlah dimakan sehingga penyakit anda sembuh.


**Atasi masalah kekurangan susu badan**

Bagi kaum ibu yang sedang menyusukan bayinya. Mungkin sesetengah daripada kita mengalami masalah kekurangan susu badan. Untuk mengatasi masalah tersebut, ibu-ibu bolehlah amalkan meminum susu dan air soya.

Di samping itu anda boleh juga mengamalkan cara ini. Ambil 100 gram biji kacang yang telah dibuang kulitnya dan ayam kampung. Masakkan dan tambahkan sedikit garam dan bolehlah dimakan bersama-sama nasi ataupun begitu sahaja.


**Tambahkan tenaga akibat muntah berlebihan**


Gunakan 60 gram biji kacang dan 30 gram kurma cina. Masukkan sedikit air serta tambahkan sedikit minyak kacang dan garam.

jeriNg

Walaupun berbau kuat, jering mempunyai khasiat perubatan tinggi.
Ia kaya protein, karbohidrat dan serat yang mampu mengubati penyakit kencing manis.

pucuk gajus

Rasanya yang masam menjadikan ulam ini sangat istimewa. Pucuk gajus dipercayai boleh mengubati masalah cirit-birit, mual dan muntah. Daun tua yang dilumatkan boleh dijadikan ubat untuk kulit melecur atau penyakit kulit lain.

pucuk kadok

Pucuk kaduk biasanya lebih kerap dijadikan bahan perasa masakan, tetapi ia juga boleh dimakan mentah. Ia dipercayai boleh menguatkan tulang dan rebusan daun kaduk dijadikan ubat melegakan batuk, selesema dan sengal sendi.

kuNyit Muda

Walaupun rasanya kurang disenangi, kunyit muda sangat berkhasiat untuk dijadikan ulam.

Kajian dijalankan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati, kunyit mengandungi curcumin yang memberikan warna kuning jingga berpotensi untuk merawat barah.

Kunyit juga mengandungi banyak bahan antioksida yang lebih baik berbanding vitamin C dan E, ia mampu melindungi sistem kardiovaskular, merendahkan kadar kolesterol dalam darah dan merawat demam kuning.

Perubatan tradisional Melayu menggunakan pati kunyit yang diberikan kepada wanita selepas bersalin untuk mempercepatkan penyembuhan luka dan mengecutkan rahim.

tiMuN

Seorang saintis tempatan mengesyorkan supaya makan empulur (isi timun) setiap hari untuk awet muda. Rawatan tradisional Cina menggunakan timun sebagai makanan kesihatan, khususnya untuk menyingkirkan bahan toksik dari badan.

Amalan makan timun juga boleh mengatasi masalah sakit tekak, gatal kerongkong dan batuk. Mengamalkan minum jus timun segar juga dipercayai dapat membantu merendahkan tekanan darah.

Ada juga petua menyarankan individu yang mahu mengurangkan berat badan supaya minum jus timun dua gelas sehari, di samping bersenam dan mengawal pemakanan.

Timun juga sebenarnya boleh menambah selera makan dan ia baik untuk diambil individu yang mengalami masalah terlalu kurus, tiada selera atau kurang berat badan.

Timun juga menjadi bahan asas kepada pelbagai produk kecantikan. Secara tradisionalnya, hirisan timun boleh dijadikan pencuci muka dan membuatkan kulit lembut, licin dan sentiasa lembap; sesuai diamalkan individu yang mengalami masalah kulit berminyak.

**********************************************************************************
Sayuran ini enak dimakan mentah serta menyihatkan. Hirisan timun ditempelkan ke mata setiap tiga minit selama 20 minit pada kelopak mata untuk mengatasi mata yang sering letih dan mengantuk. Jus timun merupakan salah satu diuresis terbaik untuk melancarkan pembuangan air kecil dan menurunkan darah tinggi.

dauN seLasiH

Minyak selasih mempunyai kesan antikulat. Ia turut mengandungi vitamin C dan mineral. Selasih jenis ini paling kerap ditanam dan ia mempunyai rasa dan bau kurang berbanding dengan selasih jenis lain.


**Khasiat Ubatan
**

Air rebusan pokok (seluruh bahagian) selasih boleh dijadikan air mandian untuk merawat sakit sakit sendi jenis reumatisme,sakit buah pinggang dan batu karang.
Tidak ketinggalan penyakit kanser.
Manakala air rebusan daun dan rantingnya boleh melegakan batuk.Bagi individu yg mempunyai masalah bengkak pada kepala dan dada (sistem pernafasan) khusus nya berkaitan kerongkong (banyak kahak), boleh lah mengunakan daun selasih ini yg ditumbuk lumat dan ditampal pada anggota badan yg bermasaalah.

petai

Petai mengandungi bahan antinutrisi seperti tanin. Kesan ubat datangnya daripada alkaloid tertentu. Ia turut mengandungi vitamin A, B dan C.


**Khasiat Ubatan**


Pengambilan biji petai dapat merawat masalah hati, busung bengkak, ginjal, diabetes serta membunuh cacing di dlm perut dan usus.

Minum air rebusan daun nya pula boleh merawat deman kuning.

Manakala kulit akar petai yg direbus sebelum diminum dapat merawat kencing manis.

seLoM

Minyak esen pada bahagian bunga daun selom mempunyai sifat fungisid (racun kulat) dan bakterisid (racun bakteria). Selom juga mengandungi vitamin A, B, C dan mineral.


**Khasiat Ubatan
**

Buah dan biji selom, jika dihancurkan dan ditelan, boleh menjadi penawar kepada sindrom lebihan darah dalam saluran, perangsang buang air kecil serta mengeluarkan angin dalam perut dan usus. Manakala daun dan batangnya pula, boleh merawat bisul dan bengkak kerana kanser dengan melumatkan nya terlebih dahulu sebelum menampal nya pada bahagian yg sakit. Air rebusan nya pula jika diminum boleh menjadi penawar demam panas, penyakit kanak kanak, selesema, susah buang air kecil dan kencing bercampur darah.

uLaM raja

~Ulam raja mengandungi vitamin A dan mineral kalsium yg penting untuk kesihatan tulang.

~Seluruh bahagiannya dimakan atau direbus sebagai ubat herba untuk mencuci darah, tonik otot dan menguatkan tulang.

teruNg pipit / riMbaNg

Terung pipit mengandungi vitamin A, B dan C.


**Khasiat Ubatan
**

Jika ditumbuk lumat seluruh bahagian terung pipit ini, cecair yg diperah keluar boleh digunakan sebagai penawar bisa patukan ular dan sengatan serangga.

Buahnya pula jika dimakan, dikatakan mampu melegakan sakit perut.

Manakala bijinya pula berupaya merawat sakit gigi jika dibakar dan disedut asap nya.

Bagi yg mempunyai masalah pada bahgian kulit kaki yg merekah ataupun bengkak, boleh lah menumbuk lumat bahagian akarnya dan ditampal pada bahagian yg bermasalah. Ini dapat melegakkan kesakitan dan memperbaiki peredaran darah dari tempat yg bengkak. Bukan itu sahaja, akarnya jika direbus dan diminum dipercayai dapat merawat deman panas, pitam dan sawan.

khasiatnya jg boleh menerangkan mata yg rabun.

Wednesday, October 22, 2008

guLa MeLaka


**Hilangkan batuk**

Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

dauN LiMau purut

Rawat Muntah

Rawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.

pegaga

Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid.

Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.

Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Ini sebabnya ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.

Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Masalah keputihan biasanya dialami wanita yang mempunyai anak. Caranya, minum air rebusan pegaga yang dicampurkan secubit sedikit garam. Amalkan minum air rebusan ini dua kali sehari.

Orang tua-tua percaya, akar pegaga juga banyak khasiatnya. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis.

Awet muda dan menarik
.

Wajah anda kelihatan tua kurang menarik dan berminyak.
Amalkan ketiga-tiga cara di bawah.
1-Banyakkan ketenangan, berzikir dan sentiasa mengingati Allah.
2-Minum segelas air suam setiap pagi sebaik bangun tidur.
3-Makan sehelai daun pegaga segar setiap hari selama 40 hari.

*** kajian saintifik juga telah membuktikan bahawa pegaga mempunyai sifat antibakteria, antikesuburan, antikulat, antiradang, antigelisah, antimitosi, melegakan system saraf pusat, melegakan panas badan, mengurangkan ketegangan otot, mengurangkan tekanan darah, penawar kekejangan dan melancarkan perjalanan darah dalam urat saraf.

Pegaga merupakan penawar alahan, penyembuh luka, penghalang pendarahan, anti kanser, perangsang kelancaran peredaran darah, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar deman panas, penawar ulser, minuman tonik, membantu menurunkan tekanan darah tinggi, penawar sakit kerongkong dan penawar cirit birit.

Jus pegaga di jadikan tonik untuk menyihat dan menyegarkan badan di samping untuk mengurangkan panas badan.

Lobak MeraH

~Melangsingkan badan~

Melangsingkan badan,cara paling mudah dan murah ialah:
1-Dua biji lobak merah dipotong
2-Sebiji mentimun segar,
3-Sebiji limau nipis,
Kemudian ketiga-tiga bahan ini dikisar dan diperah airnya untuk diminum.Amalkan dua kali sehari setiap pagi dan malam.


Jarang kita jadikan lobak merah sebagai ulam harian kerana ia biasanya dicampur dalam salad. Lobak merah kaya vitamin A dan mineral seperti kalium, magnesium, fosforus dan sulfur.

Ia baik untuk mengatasi masalah rabun malam akibat kekurangan vitamin A dan kandungan serat tinggi dapat memperbaiki gangguan saluran usus.


Baik untuk penglihatan


Ia mengandungi vitamin A dan beta-karotin yang dapat membantu penglihatan menjadikan mata anda lebih bermaya terutamanya di waktu malam. Di samping itu, ia juga dapat mengubati pelbagai penyakit mata.

Mengubati pelbagai penyakit


Menurut kajian, lobak dapat mengurangkan risiko terhadap penyakit kanser, sakit jantung dan tekanan darah. Lobak terutama jusnya mempunyai khasiat yang tinggi dan berkesan mengubati penyakit gastrik, sakit perut, cirit-birit dan baik untuk penghadaman.

Penyakit perempuan


Golongan wanita digalakkan memakan lobak kerana kandungan beta-karotin dan vitamin A dapat menseimbangkan peredaran darah dan mengurangkan bau tidak menyenangkan ketika haid. Selain itu, lobak juga membantu pertumbuhan tulang rapuh, osteoporosis di kalangan orang tua dan mereka yang mengandung.

Kecantikan kulit dan payu dara


Kini, kebanyakan saintis menggunakan lobak dalam penggunaan kecantikan kosmetik. Ini termasuk krim payu dara yang berupaya merangsang hormon payu daranya dan peredaran susu di kalangan wanita. Disamping itu, lobak digunakan sebagai herba kecantikan yang dapat mengubati penyakit kulit kering, berjerawat, sensitif dan mengurangkan kedutan pada muka.

Rawatan muka


Anda juga boleh menggunakan lobak untuk rawatan muka. Gunakan 'mask' lobak untuk beberapa minit ketika berehat atau sebelum tidur supaya anda nampak lebih ceria. Kini, penggunaan lobak semakin meluas dan digunakan dalam pelbagai cara. Anda boleh makan secara mentah atau dimasak bersama ramuan lain. Akan tetapi berdasarkan kajian, lobak tidak boleh dimakan secara berlebihan kerana ia boleh menyebabkan kulit anda bertukar kuning

LeNgkuas

Menghilangkan Panau.

Panau adalah sejenis penyakit kulit yang tidak menyakitkan. Namun ianya membuat kulit anda kelihatan tidak menarik. Oleh yang demikian jika anda mengalami masaalah panau, cubalah petua di bawah ini:
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.

bawaNg putiH

Merawat Ketumbit

Jika ada dikalangan keluarga atau rakan-rakan anda menghadapi masaalah ketumbit di mata, Tak perlulah risau kerana ianya mudah dirawat dengan bawang putih sahaja. Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.

Khasiat bawang putih

Mereka yang menghidap lelah dan semput seringkali menghadapi masaalah bila termakan makanan dingin seperti rambutan, mentimun dan betik. Untuk ke klinik kita akan mengambil masa dan kos yang tinggi, Oleh itu cubalah petua di bawah:
Dua ulas bawang putih-ditumbuk,
Tiga sudu minyak masak.
Campurkan kedua bahan tadi dan sapu pada leher, dada dan belakang. Dalam masa sepuluh minit kita akan lihat perubahannya. Ia juga boleh digunakan ketika batuk.

Hilangkan kutu

Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

dauN jaMbu batu

Sembuhkan luka selepas bersalin

Bagi wanita yang baru bersalin dan ingin luka cepat sembuh, anda boleh amalkan petua berikut: Mula-mula ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Insya Allah luka akan cepat sembuh.

air

Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat,bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

Segarkan Diri

Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.

sireH

Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas-ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

Segarkan Mata

Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali.
Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.

bau MuLut

Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

MenguraNgkaN rabuN mata

Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

dauN buNga raya

Menurunkan panas badan

Daun bunga raya amat berguna unutk menurunkan panas badan ketika demam. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas di dalam air hingga hancur.Sapukan pada kepala dan seluruh tubuh hingga basah. Biar kering sendiri dan ulang lagi hingga reda panasnya.

dauN buaH keras Laut

Asma/Sesak Nafas

Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut dengan air bersih. Kemudian saringlah setengah gelas. Embunkan semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila bangun tidur, ambil air tersebut dan dicampur dengan sedikit madu. Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

Nasi

~Mengurangkan Batuk~

Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

AsaM kepiNg

~Merawat Sakit Tekak~

Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

~ Legakan Sakit Kepala ~

Setiap orang mungkin mengalami sakit kepala yang amat sangat akibat tekanan di tempat kerja dan sebagainya.Jadi untuk menghilangkan rasa sakit kepala itu, ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.

susu

~Rawati Kulit Melecur ~

Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

EpaL Hijau

~ Segarkan Kulit Muka ~

Sapukan jus epal hijau kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

raMbutaN

~MeNgatasi kelemumur~

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir.

Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis.

Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap.

Biar sebentar sebelum dibilas bersih,

Lakukan seminggu sekali.

iNai

~ HitaMkaN & LebatkaN raMbut ~

Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.

Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.

serbuk teH

~ HiLaNgKaN MasaLaH jerawat ~

  1. keluarkaN hampas teH dr uNcaNg yg tlh digunakan
  2. sapukan pd muka, penuhi liang2
  3. insyaAllah, jerawat akaN hilang & muka keLihataN segar

Limau Nipis

~keMpiskaN perut~

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini

~Petua Hindarkan Kulit Berkedut~

Untuk mengelakkan kulit bahagian perut berkedut, terutamanya selepas bersalin, ikuti cara di bawah:

Ambil satu sudu kecil air limau nipis

Ambil 20 titik minyak kayu putih

Ambil satu sudu kecil air kapur sirih

Gaulkan kesemuanya dan sapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.

Lakukan selama dua minggu berturut-turut. Insya Allah berhasil.


~Merdukan Suara~

Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.

kapur sireH

~cara MudaH bersiHkaN buLu ketiak~

Bahagian ketika jika tidak dibersihkan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bau ini akan lebih ketara jika bulu ketiak tidak dibersihkan.

Cara yang paling mudah lagi menjimatkan untuk membersihkan bulu ketiak ialah dengan menggunakan kapur sireh. Sapukan kapur sireh rata-rata pada bahagian kulit dan bulu ketiak dan kemudiannya biarkan ianya kering. Anda akan dapati bulu ketiak mudah dicabut dengan tangan.

Setelah berkali-kali melakukannya,bulu ketiak yang tumbuh akan berkurangan dan pertumbuhannya lebih lambat. Ini kerana kapur sireh dapat mematikan kelenjar yang meransangkan pertumbuhan bulu ketiak.

MeNgkudu

~MencegaH keLemumur & raMbut gugur ~

Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.

  1. Ambil tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum.
  2. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas.
  3. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis.
  4. Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.
Pucuk mengkudu biasanya dimasak atau dicelur untuk dijadikan perencah urap dan pecal. Ia kaya dengan beta karoten dan zat besi yang baik digunakan untuk mengatasi masalah kurang darah.

Buah mengkudu masak pula mengandungi bahan antiseptik berfungsi melegakan kesakitan, bahan antioksida, merangsang pengeluaran sel darah putih dan meningkatkan daya ketahanan badan.

NeNas

  • Nenas mengandung enzim bromelain yang memiliki berbagai manfaat:
    • memecah lemak di usus sehingga membantu membersihkan usus dan saluran pencernaan.
    • mengurangi tekanan darah tinggi, mengurangi kadar kolesterol darah (membersihkan darah) dan mencegah stroke.
    • meningkatkan pencernaan.
    • mencuci timbunan protein dan parasit cacing pada dinding usus sehingga dapat dengan mudah dikeluarkan melalui feces.
    • menghambat pertumbuhan sel kanker.
    • merangsang serta meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
  • Skin debridement propertis-nya berperan dalam mempercepat penyembuhan luka.
  • Dapat menjaga keseimbangan hormon tubuh, sehingga sangat berguna bagi wanita untuk mengatur siklus menstruasi.
  • Wanita yang baru melahirkan disarankan mengkonsumsi nenas dalam jumlah cukup untuk membersihkan rahim dan mempercepat penyembuhan.
  • Mengandung tryptophan dan serotonin untuk relaksasi otak yang bermanfaat dalam mengurangi depresi, serta meningkatkan mood dan konsentrasi.
  • Perlu klarifikasi terhadap pameo di masyarakat : nenas tidak baik bagi wanita (menyebabkan keputihan dan keguguran). Hal ini hanya berlaku bagi wanita yang sensitif. Lagipula nenas yang matang aman untuk dikonsumsi.
Manfaat Air Nenas

Kencing batu karang menyakitkan, badan berasa tidak arah dan demam. Setiap kali buang air berasa sakit. Mungkin petua ini dapat membantu anda. Kupas sebiji nenas dan cincang.Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus.Minum air nenas segelas setiap hari sehingga penyakit anda nampak pulihnya.

maNggis

  • Kandungan buah manggis bermanfaat sebagai obat anti inflamasi (anti radang) dan obat diare.
  • Kulit manggis kaya akan xanthone antioksidan yang sangat baik untuk menjaga kesehatan dan kebugaran tubuh.
  • Kulit manggis dapat dimanfaatkan sebagai bahan pewarna tekstil dan air rebusannya dapat dijadikan obat.
Pernahkah anda makan kulit manggis???

Pernahkah anda mendengar khasiat dari buah manggis???

Buat pengetahuan anda buah manggis amat berkhasiat terutama di bahagian kulit dalam manggis dan biji buah manggis. Secara tradisi kulit manggis dilumat dan digunakan untuk merawat penyakit seperti Malaria, TB, penyakit kulit, cirit-birit dan dysentry. Di Thailand buah manggis dijemur dan dikeringkan untuk membuat bahan kosmetik seperti syampu, sabun untuk menghaluskan kulit dan mencegah penyakit kulit.

Untuk pengetahuan anda sekalian, buah manggis amat berkhasiat! Bahan aktif XANTHONE dalam buah manggis mempunyai khasiat yang amat menakjubkan. Terutama dibahagian dalam kulit dan biji manggis. Ramai saintis telah mengkaji khasiat buah manggis sejak tahun 1970an. Dan manggis telah dihasilkan dalam bentuk jus supaya enak diminum selain dari mendapatkan hasil yang menakjubkan. Pelbagai masaalah penyakit dapat diatasi dengan minum jus manggis yang asli. Tiada pengawet, perisa asli dan tidak ditambah gula. Khasiat xanthone iaitu bahan aktif dalam buah manggis dapat membantu pelbagai jenis masaalah seperti alergi, resdung, lelah, pelbagai penyakit kulit seperti eczema, gatal-gatal, psoriasis, seborrhea, jangkitan kulat, luka-luka yang biasa pada mulut, melecur, selepas pembedahan, penyakit darah tinggi, kencing manis, lebihan kolesterol , keletihan, kekurangan darah, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan insyaallah pelbagai lagi masaalah.

keNtaNg

Anda salah satu penggemar kentang?

Di balik bentuknya yang tidak begitu menarik tapi lezat jika diolah dengan berbagai macam masakan ini, ternyata memiliki khasiat yang tidak sedikit. Selain rasanya yang nikmat jika disantap meski di goreng, rebus, panggang, di sayur atau dijadikan pasta sekalipun tetap saja lezat.

Tapi tahukah Anda jika umbi yang satu ini merupakan penawar racun alami asam yang berlebihan atau asidosis. Kentang penting membantu pertumbuhan bakteri dalam saluran pencernaan tubuh kita. Kandungan garam alkali menjadikan kentang sebagai salah satu makanan basa yang paling kuat, karena itu kentang sangat berguna untuk menjaga cadangan alkali tubuh.

Kentang mempunyai banyak khasiat. Di antaranya potassium, vitamin C (sumber kedua selepas oren), membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber atau gentian kepada gula darah (blood sugar) dan pengawalan tekanan darah. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potasium kentang, dua kali lipat dari kandungan potassium dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya di bawah paras 25%, sehinga dapat menghalang endapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah. Kentang cocok bagi yang mengalami kekurangan gula dalam darah. Selain itu kentang merupakan sumber terbaik dalam pembentukan zat besi dalam darah. Menjamin system ketahanan badan, karena kandungan vitamin serta kalsium yang tinggi.

Berbagai Kasiat kentang :

· Menurut penelitian, jus kentang mentah bisa membantu mengurangi penyakit yang menyerang sendi-sendi (arthritis), radang otot (rematik). Sakit yang di sebabkan salah urat atau terkilir, luka-luka kecil dan luka bakar ringan, dapat di legakan dengan cara menempelkan irisan kentang pada luka atau nyeri yang dirasakan, selama 15 menit atau lebih.

· Saos kentang yang digunakan untuk saos salad, dipercaya bisa mengurangi luka, mengurangi rasa sakit, serta pencemaran bakteri. Parutan kentang yang ditempelkan pada kelopak mata, mampu menghilangkan noda hitam pada mata (dark circles) dan sekiranya dicampur bersama krim, bisa memperlambat munculnya kerut di muka.

· Kentang juga bisa memutihkan dan melembutkan tangan. Ini menunjukkan kentang bukan saja bermanfaat untuk tujuan pengobatan. Kandungan potassium, dan Vitamin C pada kentang sangat cocok untuk untuk perawatan kulit, seperti wajah berminyak dan berjerawat. Bagi kulit berminyak, dua buah kentang dikupas dan diparut. Lalu dioleskan pada wajah hingga rata, biarkan selama 1/2 jam. Bersihkan dengan air dingin bersih. Sementara untuk jerawat, sebuah kentang diiris tipis-tipis, tempelkan ke seluruh wajah. Biarkan sampai kentang menjadi kering dan berwarna keabuan. Bersihkan dengan air bersih dingin.

· Kentang telah menjadi sahabat semua orang, yang sedang mengatur pola makan. Sehingga kentang bisa menjadi menu alternative untuk diet, sebab kentang dipercaya kaya karbohidrat pangganti nasi bagi Anda yang kini sedang menjalankan diet.

· Vitamin C-nya, juga terkenal sebagai pereda gangguan penyakit yang sudah dilakukan sejak zaman nenek moyang. Anda yang menderita kutil, segera oleskan potongan segar kentang mentah pada kutil.

· Kentang sangat cocok bagi Anda yang memiliki penyakit maag atau sering mangalami sakit karena kelebihan asam lambung. Sebab dalam kentang terkandung atropine yang dapat memebantu mengurangi asam lambung dan mengurangi sakit pada lambung.

· Biasanya zat lysine tidak terdapat pada nabati, tetapi di dalam kentang terdapat lysine yang sangat penting dalam pertumbuhan badan dan otak. Dengan kentang kita dapat mengkonsumsi Vitamin C secara mudah. Karena vitamin C di dalam kentang tidak hilang setelah masak karena dikelilingi oleh sari pati. Walaupun kalorinya cukup rendah, kentang dapat menyebabkan kegemukan karena adanya Glycemic Index.

· Kentang mempunyai khasiat membuat mata yang lelah kembali bersinar serta dapat menghilangkan bengkak pada mata. Parutlah kentang lalu masukkan ke dalam kain tipis yang bersih (kain kasa atau kain mori) dan kompreskan ke kelopak mata.

***dapat menghilangkan parut di muka

seNgkuaNg

dapat menghilangkan parut di muka

pisaNg












  • Kandungan vitamin C pisang = 2 kali apel (1 pisang = 2 apel).
  • Pisang kaya akan mineral Kalsium (Ca) sehingga mengkonsumsi pisang setelah makan akan membantu menetralisir efek negatif konsumsi garam dan MSG yang berlebih.
  • Mengandung Kalium (K) yang berfungsi menjaga keseimbangan air tubuh, kenormalan tekanan darah, fungsi jantung dan kerja otot.

~Sumber Kekuatan Tenaga~

Buah pisang dengan mudah dapat dicerna, gula yang terdapat di buah tersebut diubah menjadi sumber tenaga yang bagus secara cepat, dan itu bagus dalam pembentukan tubuh, untuk kerja otot, dan sangat bagus untuk menghilangkan rasa lelah.

~Manfaat untuk Ibu Hamil~

Pisang juga disarankan untuk dikonsumsi para wanita hamil karena mengandung asam folat, yang mudah diserap janin melalui rahim. Namun, jangan terlalu berlebihan, sebab satu buah pisang mengandung sekitar 85-100 kalori.

~Manfaat bagi Penderita Anemia~

Dua buah pisang yang dimakan oleh pasien anemia setiap hari sudah cukup, karena mengandung Fe (zat besi) tinggi.

~Manfaat bagi Penyakit Usus dan Perut~

Pisang yang dicampur susu cair (atau dimasukkan dalam segelas susu cair)dapat dihidangkan sebagai obat dalam kasus penyakit usus. Juga dapat direkomendasikan untuk pasien sakit perut dan cholik untuk menetralkan keasaman lambung.

Sebuah pisang dihidangkan sebagai pertahanan terhadap inflamasi karena Vitamin C dapat secara cepat diproses. Ia mentransformasikan bacillus berbahaya menjadi bacillus yang bersahabat. Dengan demikian, keduanya akan tertolong.

Pure pisang ataupun krim pisang (seperti untuk makanan bayi), dapat dikonsumsi oleh pasien yang menderita diare.

~Manfaat bagi Penderita Lever~

Penderita penyakit lever bagus mengonsumsi pisang dua buah ditambah satu sendok madu, akan menambah nafsu makan dan membuat kuat.

~Manfaat bagi Luka Bakar~

Daun pisang dapat digunakan untuk pengobatan kulit yang terbakar dengan cara dioles, campuran abu daun pisang ditambah minyak kelapa mempunyai pengaruh mendinginkan kulit.

~Manfaat bagi Diabetes~

Pada masyarakat Gorontalo (Sulawesi Utara), jenis pisang goroho yakni pisang khas daerah setempat, merupakan makanan tambahan/pokok bagi orang yang menderita penyakit gula/diabetes melitus, terutama buah pisang goroho yang belum matang, kemudian dikukus dan dicampur kelapa parut muda.

~Pisang dan Kecantikan~

Bubur pisang dicampur dengan sedikit susu dan madu, dioleskan pada wajah setiap hari secara teratur selama 30-40 menit. Basuh dengan air hangat kemudian bilas dengan air dingin atau es, diulang selama 15 hari, akan menghasilkan pengaruh yang menakjubkan pada kulit.

~Pisang untuk Mengatur Bobot Badan~

Pisang juga mempunyai peranan dalam penurunan berat badan seperti juga untuk menaikkan berat badan. Telah terbukti seseorang kehilangan berat badan dengan berdiet 4 (empat) buah pisang dan 4 (empat) gelas susu non fat atau susu cair per hari sedikitnya 3 hari dalam seminggu, jumlah kalori hanya 1250 dan menu tersebut cukup menyehatkan.

Selain itu, diet tersebut membuat kulit wajah tidak berminyak dan bersih. Pada sisi yang lain, mengonsumsi satu gelas banana milk-shake dicampur madu, buah-buahan, kacang, dan mangga sesudah makan, akan menaikkan berat badan.

~Khasiat Lainnya~

Dalam "Medicinal Uses of Bananas" (www.banana.com, 2002) menyebutkan, bahwa pisang mempunyai manfaat dalam penyembuhan anemia, menurunkan tekanan darah, tenaga untuk berpikir, kaya serat untuk membantu diet, kulit pisang dapat digunakan sebagai cream anti nyamuk, membantu sistem syaraf, dapat membantu perokok untuk menghilangkan pengaruh nikotin, stres, mencegah stroke, mengontrol temperatur badan terutama bagi ibu hamil, menetralkan keasaman lambung, dan sebagainya.

Tanaman pisang secara genetis dapat menghasilkan vaksin yang murah dan sebagai alternatif untuk pertahanan anak dari serangan penyakit. Para peneliti sedang mencoba dari pisang untuk memproduksi antigen untuk coating Virus Hepatitis B. Apabila vaksin Hepatitis B tersebut berhasil akan menjadi sangat murah.

Peneliti lain mengembangkan pisang yang dapat membantu dalam melawan penyakit campak/cacar air, penyakit kuning, polio, dan dipteri. Saat ini, peneliti telah mencoba pada relawan, di mana diperlihatkan 10 persen tekanan darah turun dengan mengonsumsi dua buah pisang setiap hari.(iis)
Sumber: PdPersi

~ kuLit pisaNg ~


dapat menghilangkan parut di muka

Tuesday, October 21, 2008

arNab

~ dagiNg arNab ~

dapat mengempiskan perut & melawaskan kencing

~ kepaLa arNab ~

Jika dimasak dan dimakan dapat mengubati penyakit demam malaria.

teMpe

Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.

Nangka


~ dauN Nangka ~

Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa helai daun nangka kedalamnya.



rempaH ratus



~ MeLaNgsiNgkaN badaN ~

  1. Tumbuk sedikit jintan manis, jintan putih, halia dan lada hitam sehingga halus
  2. Campurkan dengan setengah gelas air dan tapis
  3. Minum sebelum tidur dan amalkan selama sebulan


~ MeleMbutkaN ayaM ~
  1. Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia.
  2. Rebus bahan ini bersama ayam sehingga lembut.
  3. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras.
  4. Kemudian goreng ayam

cekur













~ MeLaNgsiNgkaN badaN ~

  1. Tumbuk segenggam cekur manis
  2. Campurkan dengan sedikit tepung beras, sedikit asam jawa, gula merah, gula pasir dan sedikit garam
  3. Kemudian campurkan dengan setengah gelas air dan ditapis
  4. Minum 2 kali sehari

Ia adalah ulam yang biasa tetapi jarang mendapat perhatian. Ulam daripada keluarga halia ini mempunyai banyak khasiat, khususnya untuk mengubati batuk, sakit tekak dan meredakan demam.

Selain dimakan mentah, hirisan akarnya boleh dijadikan perencah untuk menaikkan rasa masakan. Ia juga mempunyai bahan antibakteria, antifungus dan antikeradangan.

betik


  • Kaya akan antioksidan karoten, vitamin C dan flavonoid yang berperan sebagai anti kanker.
  • Mengandung papain - suatu enzim protease - yang bermanfaat untuk membantu mempercepat penyembuhan luka dan mencerna protein.
  • Mengandung karpaina - suatu alkaloid - dapat berfungsi untuk mengurangi serangan jantung, anti amuba, dan peluruh cacing.
  • Pepaya dapat memperlancar pencernaan dan buang air, sehingga sangat baik dikonsumsi oleh penderita jantung dan darah tinggi yang sering mengalami kesulitan dalam buang air.
  • Jus pepaya sangat baik digunakan untuk mengurangi kadar keasaman lambung, sehingga dapat membantu mengatasi penyakit maag.
~ getah betik Muda ~

Dapat digunakan untuk mengubati kaki yang pecah-pecah.

Caranya:
  1. lumurkan getah betik muda pada pecahan kulit kaki hingga meresap (kering).
  2. Sebelum dilumur, bersihkan terlebih dahulu kaki dengan air besih
  3. Lakukan sekerap mungkiN. insyaAllah....
~ dauN betik ~

Masukkan daun betik ketika merebus ayam utk melembutkan ayam tua

~Kilatkan rambut dengan biji betik~

Ambil biji betik yang sudah masak sebanyak dua genggam, Bersihkan kulit biji yang berair itu, dan jemursampai kering. Bila sudah kering, gorengkannya tanpa minyak sampai hangus. Setelah itu bolehlah ditumbuk atau digiling biji betik itu hingga lumat. Pindahkan pada piring dan bancuh dengan air. Sebelum menggunakannya bersihkan rambut anda terlebih dahulu . Keringkan rambut anda dan sapukan bahan tadi tanpa syampu. Anda akan dapat lihat hasilnya. Rambut anda akan kelihatan hitam dan berkilat.

~membersihkaN Muka~

Ramuannya;sepotong betik yang masak,madu lebah,susu segar dan susu tepung.Kesemua bahan-bahan di atas hendaklah digaul sehingga rata.Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan ia bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh.Hasilnya kulit akan bertambah cerah,lembut dan kurang berminyak.

biji buaH deLiMa

~ MeMbasMi caciNg pita ~

  1. keringkan terlebih dahulu biji buah delima
  2. dijemur atau di goreng tanpa minyak
  3. Kemudian haluskan biji buah delima yang sudah kering
  4. Ambil 1 senduk serbuk kering biji buah delima dan campur dengan 2 gelas air
  5. lalu direbus sampai mendidih selama setengah jam
  6. Campurkan dengan sedikit gula jawa lalu diminum.

keLapa

~ hampas kelapa ~

**berkesan menanggalkan daki pada badan dan melembut serta melembapkan kulit

**Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili.

  1. Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut.
  2. Selain cepat subur, pokok akan selalu berbuah.
~ saNtaN keLapa ~

berkesaN utk melebat, menghitam & melicinkan rambut

~ air keLapa ~

Air kelapa, avacado dan lobak merah dikatakan amat berkesan dalam menjadikan kulit gebu putih dan halus.

Petua Cantikkan Kulit Bayi Yang Bakal Lahir

Ibu-ibu yang mengandung enam bulan ke atas dinasihatkan meminum air kelapa muda bagi tujuan ini. Minumlah seminggu sekali dan jangan minum terlalu banyak. Cukup dengan segelas sahaja. Insya Allah berhasil.

Bibir Merekah

Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali dalam sehari dan nantikan hasilnya.

~ teMpuruNg keLapa ~

Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam utk melembutkan ayam tua

beras puLut

~ MeNgHaLuskaN kuLit ~

  1. beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung)
  2. dicampur bedak sejuk
  3. dijadikan lulur
  4. digosok seminggu sekali pada badan
  5. Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati
~ MeNceraHkaN kuLit badaN ~
  1. Rendam segenggam beras selama satu jam
  2. Toskan
  3. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat
  4. Basahkan badan dengan air
  5. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki
  6. Kemudian bilas dengan air suam
  7. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.
~ HiLaNgkaN daki di badaN ~
  1. Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan
  2. Kemudian tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur
  3. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata
  4. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.
***Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut disamping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

AsaM jawa

~ Merawat bisuL ~

Asam jawa dapat merawat bisul. Caranya adalah daun dicampur dengan kunyit dan disapu pada kawasan bisul.







~ MeNgubati LelaH, AsMa & sbg bhn peLawas ~


Kulit batang pokok ini direbus dan airnya diminum untuk mengubati lelah, asma dan juga sebagai bahan pelawas.

~ MeNgubati Luka,Kudis,kuLit gataL ~

Bahagian kulit dicampur bersama minyak sapu boleh digunakan untuk mengubati luka, kudis dan gatal kulit.

~ peNyejuk badaN biLa deMam paNas ~

  1. gaul asam jawa dlm 1 baldi air
  2. biarkan semalaman
  3. esok pagi (subuh) baru boleh wat mandi
~ LaiN2 keguNaaN ~
  1. Air asam jawa boleh menyejuk orang sakit yang suhu tinggi dan hilangkan dahaga.
  2. Isi asam jawa digunakan sebagai penyejuk bahagian anggota badan yang terkena asid dan untuk merawat penyakit skurvi.
~meNgHiLaNgkaN gataL2 & kotoraN di badaN~

mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa:
  1. Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa
  2. dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal.
~meNgHaluskaN kuLit tapak kaki~

Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa

~ meNgHiLaNgkaN bekas NikotiN yg MeNempeL pd gigi ~
  1. Sangrai (goreng tanpa menggunakan minyak) biji asam sampai garing
  2. tumbuk sampai halus
  3. gosokkan pada gigi dengan menggunakan sikat gigi atau kain bersih
  4. kumurlah setelah bersih
  5. gosok gigi dengan ubat gigi seperti biasa
~ Hilangkan Lemak ~

Jika anda mengalami masaalah berat badan anda boleh menggunakan air asam jawa sebagai minuman harian.ini kerana, air asam jawa boleh menjadi alternatif bagi mengurangkan lemak dalam badan anda.
Caranya;
Ambil sebuku asam jawa, Ramas dengan air sebanyak satu gelas. Masukkan air asamjawa tadi kedalam peti sejuk. Minum air tadi selepas makan tengahari atau selepas makan malam. Amalkan meminumnya setiap hari dan anda akan dapati tubuh anda bertambah segar dan langsing.

piNaNg Muda












~ MeliciNkaN muka & awet Muda ~


Khasiat pinang muda tidak ramai yang mengetahuinya, dengan menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka. Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda.

~ Kuruskan Badan ~

  1. Buah pinang dihiris nipis, dijemur hingga kering.
  2. Tumbuk lumat menjadi serbuk.
  3. Rendamkan semalaman setengah sudu teh kedalam air panas
  4. minum keesokan harinya dan petang bersama hampasnya.
  5. Selama dua minggu badan akan menjadi kurus dan langsing.

buaH tomato












tomato mengandung vitamin A, B1 dan C.
- dapat membantu membersihkan hati dan darah kita.
- dapat mencegah penyakit dan gangguan kesihatan lain seperti :

a. gusi berdarah.
b. rabun senja
c. penggumpalan darah.
d. usus
e. kanser prostat dan kanser payudara.


~ meLicinkaN kuLit muka ~

  1. basuh muka dgn air suam
  2. selepas itu gosok muka dgn buah tomato yg sudah masak ranum.
  3. Biarkan ia kering sendiri
  4. selepas itu dibilas dgn air suam.
~ Sakit Tekak ~

Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu.
Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.